Assalamualaikum...info ni aku dpt dari group laman kesihan ibu & anak coz airis muntah2...Selama ni jarang buka group ni...bila ank sakit baru hegeh cari info hehe....Sape anak yg cirit birit dan muntah2 leh baca info kt bawah ni.
Cirit birit atau diarrhea. (Cara merawat Muntah-muntah juga)
serta info tanda Dihidrasi / dehydrate (kekeringan).
Rawatan :
Perlu bawa jumpa doktor supaya doktor diagnose ketepatan punca penyakit.
Jika cirit birit biasa, boleh dirawat dgn cara :
1. Hentikan semua makanan dahulu bagi nuetralkan perut (kadang-kadang disertai muntah muntah) beri kerap susu ibu dan air kosong (jika muntah, beri dalam kuantiti sedikit2 , lihat perkembangan, jika boleh terima baru diteruskan atau dinaikkan jumlahnya). Hentikan susu formula yang mengandungi laktosa, tukar sementara susu tanpa laktosa.
2. Mulakan bagi anak makan dgn bubur kosong atau roti bakar kosong . Apple juga boleh diberi tetapi ikut keserasian anak, ada yang beri apple menyebabkan cirit birit juga ( beri sedikit2 )
3. Ambil probiotik , yang terbaik adalah Lacto GG bagi cirit birit atau rotavirus.
4. Air kelapa , air barli, air tanak nasi sebagai penawar.
5. ORS ( air garam yang doktor beri) diberi bagi mengelakkan anak kekeringan atau dehydrate.
6. Elakkan pengambilan vaksin seperti vaksin rotavirus kerana mengandungi unsur babi dan juga kesan buruk terhadap vaksin sangat banyak.
7. Jika cirit birit berterusan, jumpa pakar untuk di periksa najis bayi bagi mengetahui puncanya dengan tepat.
KENAPA PROBIOTIK? BUKAN ANTIBIOTIK YANG DISARANKAN DI SINI?
Antibiotik adalah bom nuklear yang akan MEMBUNUH SEMUA BAKTERIA BAIK DAN JAHAT. Probiotik adalah bakteria baik. TAPI jika terpaksa ambil antibiotik pastikan ambil SELEPAS MAKAN (tidak kira antibiotik melalui makan, injection etc)
Saya quote discussion drpd group OHUB
"sebab apa?sebab kalau perut anda kosong ,antibiotik boleh kakis lining dalam perut dan usus anda..can lead to luka/ulcer .Dan bagi kes newborn baby atau bayi yang masih kecil, bila diberi antibiotik yang kdg2 tak perlu pun diberi, menyebabkan normal gut flora ( bakteria/askor baik dlm perut mati sekali ....bila askor baik takdak,maka bakteria/askor jahat buleh ler masuk dalam gut dan buat penyakit kat dalam gut......tu yang leh jadi cirit birit dlm baby especially yang on antibiotics ...sah2 normal gut flora dlm baby baru2 nak berkembang...patutnya dibantu oleh penyusuan susu ibu bagi menguatkan gut bayi...harap boleh faham, :) "
*gut ( sistem pencernaan iaitu perut dan usus2)
Dehidrasi:
Kerana suhu yang tinggi dan peluh yang kita keluarkan, tanpa sedar kita mengalami dehidrasi ringan dan tidak minum cairan yang tepat untuk menanganinya.Terutama untuk kita yang berada di daerah tropis, kita harus cukup tahu untuk mengenali tanda-tanda tubuh kekurangan cairan.
Berikut Tanda – tanda dehidrasi :
1. Mulut kering dan lidah bengkak
Mulut kering dan lidah menjadi sedikit bengkak adalah tanda tubuh mengalami dehidrasi.
2. Urine berwarna kuning pekat
3. Sembelit (sukar buang air besar)
4. Kulit menjadi kurang elastis / tidak anjal
Dokter dapat menggunakan elastisitas kulit untuk mengetes dehidrasi dengan cara mencubitnya. Jika normal, maka bila dicubit kulit di tangan lalu dilepaskan lagi akan kembali normal. Tapi ketika kulit mengalami dehidrasi, saat dicubit lalu dilepaskan akan lambat normalnya (lambat rata kembali)
Meskipun ini bukan tes terbaik dehidrasi tapi elastisitas kulit masih merupakan tanda yang baik jika terjadi dehidrasi.
5. Jantung Berdebar-debar
6. Kram otot atau Kejang-kejang
7. Pening dan pengsan.
8. Letih atau cepat penat.
9. Air mata kering
10. Badan selalu merasa kepanasan
(Medicalare Indonesia)
MAKANAN
Whenever mommies tergolong dalam golongan ni, beringatlah, ada caranya~
1. kalau baby sembelit - untuk cuba pulihkan, terus ingat semua buah2 yang bermula dengan huruf P dalam english (ie papaya (8mos n above), prune, pear, plum etc).
2. kalau baby cirit - untuk cuba pulihkan terus ingat BRAT (banana, rice, apple sauce dan toast). boleh la tambah macam potato dan sebagainya.
maksudnya, kalau baby kita kena sembelit, cuba avoid makanan BRAT (sebab boleh worsekan sembelit) whereas kalau baby cirit, cuba avoid P fruits sebab dia akan loosekan stool dan akan worsekan keciritan. (Info drpd group homemade food)
Semua yang dicadangkan, perlu juga mengikut keserasian anak atau diri masing-masing, tidak semua orang penerimaan badan atau penawarnya sama. Sprt pisang dan apple yg mungkin tidak memulihkan.
1 comment:
Bagusnya info awk ni..tq for sharing ye ^_^
Post a Comment