Assalamualaikum....nak share tip bercerai susu bg ibu2 yg mempunyai anak 2 tahun ke atas dan ibu2 yg sudah bersedia untuk bercerai susu...bukan bercerai orang tau..hehe...Tip ini jugak untuk aku sendiri coz airis masih lg menyusu badan.Tapi aku lak belum bersedia nak wean off dia..tunggu masa je ni hehe
1. Jangan tawar dan jangan tolak
Cara ini merupakan cara yang paling selamat dan efektif untuk
berpisah susu. Berikan susu apabila anak minta dan jangan menolak
sekiranya anak mahu menyusu. Konsep ini perlu digunakan bersama
beberapa cara dibawah untuk mempercepatkan proses berpisah susu.
2. Mengubah rutin harian
Anak mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contoh : Sekiranya anak
suka minum susu semasa ibu duduk di sofa. Ibu boleh mengelakkan untuk
duduk di sofa itu,
3. Pertolongan dari ayah
Ayah juga boleh memberi peranan seperti membawa anak yang baru bangun
tidur bersarapan pada waktu pagi (sebelum anak meminta susu dari ibu)
4. Alihkan perhatian anak
Adakalanya apabila anak anda leka bermain, dia terlupa untuk meminta
susu. Gantikan dengan makanan snek yang berkhasiat seperti buah buahan
atau roti. Ada ibu yang membawa anak ke taman permainan pada waktu
yang biasanya anak meminta susu (seperti pada waktu petang).
5. Melengah lengahkan waktu menyusu
Menangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahu mereka untuk menunggu
sebentar (dan menggantikannya dengan aktiviti lain) juga berkesan.
6. Memendekkan tempoh penyusuan
Cara ini berkesan untuk anak berusia diatas 2 tahun. Memendekkan
tempoh penyusuan kepada anak dengan cara memberitahunya ‘sedikit sahaja
mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar’ perlahan lahan
mengurangkan kebergantungannya dengan susu ibu.
7. Memberitahunya secara berhemah
Anak berusia 1 tahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang
diberikan. Tunjukkan contoh contoh orang dewasa yang tidak minum susu
ibu dan anak anda pasti teruja diberikan kesempatan berpeluang menjadi
orang dewasa.
Sumber : KIM
1 comment:
good info... mmg tgh planning nak bercerai susu.. skrg dah 19 bulan dh.. stkakt ni hnya cakap2 dgn dia bg dia faham... harap2 dipermudahkan sbb nk plan bg adik plak kn.. :)
Post a Comment